Showing posts with label Food/Recipe. Show all posts
Showing posts with label Food/Recipe. Show all posts

Tuesday, November 15, 2011

Crispy Oat Chicken Finger


Ok,kali ni jom kita masuk dapur. Dah lama tak mengotorkan dapur tu. Bukannya apa,bukan malas nak masak tapi aku lebih malas nak kemas lepas masak,bleh?hihihi memang dasar pemalas kan..hihihi

Last weekend takde balik Tmn Melawati, rasa nak lepak rumah sambil melipat + iron baju yang menggunung dalam bakul tu. Pagi sabtu tu,plan nak makan nasi lemak kat Ampang Jaya tu (sedap nasi lemak tu + ayam masak merah),sekali hujan jer pagi tu,jadinya si driver malas nak keluar. Aku pon menyelongkar la apa yang ada dalam fridge untuk dimasak. Ada chicken breast,ada daging korban hari tu (plan nak masak rendang,tak kesampaian gak),ada la sayur sikit. Dalam kepala terpikir nak buat bihun goreng ke nak goreng ayam jer.
Tanya Epul,rasa nak makan apa? Sekali die cakap nak ayam goreng jer.

Aku pon teringat la resepi simple ayam goreng yg aku tengok kat Myresipi.com. Tajuknya Jejari Ayam Rangup BerOat (tajuk kat atas tu saje aku meng'english'kan,nak berlagak la katakan hahaha).

Resepinya seperti di bawah:
  • 2-3 keping dada ayam (hiris memanjang agak nipis) 
Bahan perap:
  • 1 sb serbuk kari ikan
  • 1 sk serbuk kunyit
  • 1/2 inch halia (tumbuk)
  • 1 bwg putih (tumbuk)
  • 1 bj putih telur
  • 1 sk tepung jagung
  • Garam 
Bahan sadur:
  • Quacker Oats secukupnya
  • Sedikit serbuk lada hitam Aji-osho (jika suka) 
Cara memasak:
  1. Campurkan ayam dengan semua bahan perap, gaul2 sebati.
  2. Perap dlm 15 minit
  3. Dlm mangkuk/pinggan lain, gaul oat dgn serbuk lada hitam.
  4. Golekkan ayam td dengan oat dan goreng garing. Jgn guna api kuat sgt, nnti oat dh hangus ayam x masak.
  5. Toskan.
  6. Siap untuk dihidang. 


Hasilnya, 

Dah haflway makan baru teringat nak amek gambar
(abaikan potongan yg x sekata,aci hentam jer).

Enak dimakan begitu saja or nak cicah ngan chili sauce
Walaupun ayam goreng tapi kita masukkan gak elemen2 sihat seperti oat (ayat tak bleh blah haha), amat sesuai untuk minum pagi atau minum petang atau bila2 masa anda suka (cam ayat program masakan,kan)
Lepas ni bolehla aku pegi audition untuk rancangan masak2 ni hihi.

Sunday, June 12, 2011

De Templer Restaurant

Tengah hari tadi Umi cadangkan makan kat luar. Umi mentioned kat deretan kedai Taman Melati tu ade byk restoran. So nak gi try la. Aku pon penah gak ckp kat Epul nk mkn kat restoran makanan cina kat situ,tp asik nantila,nantila,sudahnye x pegi2 sampai hari ni.

Kiteorg surveyla mana restoran yg menarik kat situ. Ada sate kajang Hj Samuri, Nasi dagang Ulik Mayang,Leha Kelfood,restoran mamak dan restoran makanan cina yg aku ckp tu. Ade la lg restoran lain,tp x ingt la plak aku nak namakan semua.



Bila Umi ckp jom  pegi restoran makanan cina tu,aku dah bersorak gembira,dlm hati jer la,hihihi

Nama restoran tu 'De Templer'. Makanan die boleh la tahan. Kiteorg order dim sum, tart telur, ikan siakap rasa khas,sayur campur, sotong black pepper dan sesame mango chicken. Boleh order medium or large portion. Since kiteorg x ramai,kiteorg order medium portion jer la. Dim sum die agak sedap.Memang la takleh lawan yg kat Mandarin Oriental Hotel tu. Pastu nasi plak die serve letak dlm bekas comel yg preserve rasa panas nasi tu. Kalo nak mkn bertambah kira ok la,nasi tu still warm.

Some of the menu

Sebelum

Selepas

Kiteorg dtg kat situ dlm around jam 12 lebih camtu, xdela ramai sgt org kat restoran tu. So, servis pon xdela mengecewakan. Bila dah jam 1 lebih,barula makin ramai org.

Total utk 4 org makan utk menu kat atas tu RM116++. Aku x tau la nak ckp murah ke tak utk standard makanan cina ni. Kalo nk compare ngan Restoran Chan Abdullah tu,maybe agakla pricey kot. Tp in term of rasa makanan aku lg berpuas hati kat restoran ni. Tu komen dr selera tekak aku la. Maybe org lain rase lain plak.

So sape yg nak pegi restoran ni, refer address kat bwh yer..

DE TEMPLER RESTAURANT
No 17G & 19G,
Jalan Melati Utama 4,
Melati Utama,
53100 Setapak
Kuala Lumpur
Tel: 03 - 4105 8000

Hmm... nnt nk try restoran makanan cina yg kat Bukit Antarabangsa tu la,

Wednesday, October 6, 2010

Masak Untuk Dinner

Sejak pindah rumah Ampang ni,baru sekali aku masak. Disebabkan masak yg kali pertama tu,jam 8.30pm baru bleh makan,jadi aku takdela bermotivasi nak masak lagi.Lagi senang beli jek,kadang2 tak berbaloi nak masak utk 2 org.Epul tak kesah,tp kadang2 nak gak si suami merasa air tangan isteri.Camla aku ni terrer masak,huhu

Umi ade cakap,kalo tak sempat sangat boleh jek suruh bibik masak lebih then kiteorg boleh balik Melawati utk dinner.Lepas baru balik Ampang.Sekali pikir ok gak,tp beribu-ribu lemon pikir,tak payah la selalu nak buat camtu kan.Jatuh saham sebagai menantu mithali,hikhik.Tp weekend memang blk Melawati.That's for sure.

Ok,finish for mukadimah.Lets talk what I cooked for dinner last night. Monday went to Kak Ila's house,and coincidentally,ade pasar malam.Teringin nak makan ikan keli.jadi pegila pasar malam beli 3 ekor ikan keli.

Cakap kat Epul,nak balik awal (awal pon dlm kat jam 7 gak sampai rumah) sebab nak masak kan.Resepi kali ni 'Ikan Keli Goreng Berlada'.
Sampai jek umah,terus tukar baju dan siap2 nak masak.Keluarkan ikan dari fridge,siapkan bahan2 yg nk di kisar,goreng ikan,then masak die punye lada tu n tada.. siap.
Sayur tak payah masak sebab Epul tak makan sayur (lucky me hihi) Aku just amek tomato jek buat ulam.Gile sehat kan,hehe

Hasilnye aku tak sempat amek gambar,sbb lapar keke.Tapi ade yg aku bawak bekal pagi ni,panaskan yg smlm punye.hehe
giler x lawa kan,takpe..asalkan rasenye besh..

So sesape yg nak try resepi yg sgt simple ni,sila la rujuk kat bwh..

Bahan2:

4 ekor ikan keli - bersaiz sederhana
2 biji limau kasturi - diambil jusnya

Bahan kisar:
10 - 15 tangkai cili kering (x tahan pedas cam aku,letak sket jek la+tomato sket)
4 ulas bwg merah
2 ulas bwg putih
sedikit belacan - ikut suka , tak letak pun takpe (aku x letak pon)
sedikit kunyit hidup

Cara2 nya:

1. Ikan di gaul ngan garam da kunyit dan digoreng garing.
2. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak
3. Masukkan jus limau kasturi diikuti garam dan gula.
4. Masukkan asam keping. Kalau terlalu kering boleh dimasukkan sedikit air.
itu saja..slamat mencuba..


p/s-mood swing today..nak cari chocolate Patchi ke,Godiva ke..(mood yg sgt memilih,hanya ok bila mkn coklat mahal..huhuhu)