Thursday, April 4, 2013

Shop Trip To Penang


Minggu lepas Epul ada outstation ke Penang untuk beberapa hari. So aku pun ambil la beberapa hari cuti untuk ikut dia.Kata isteri solehah,harusla ikut hehehe. Sebenarnya pada masa yang sama,aku ada Family Day kat Johor. Disebabkan Epul agak keberatan untuk bagi aku pergi sorang,so aku tak la register untuk family day tu,walaupun aktivitinya agak menarik. Tema untuk dinner pun 'Oscar Award',dan siap ada beberapa kategori lagi untuk dimenangi created by committee.Sure fun habis.

Disebabkan Epul tak bagi kebenaran penuh,jadi aku pun tukar la rancangan.Baik aku ikut dia pegi Penang dari datang office yang hampir kosong (ada la beberapa staff tak dapat pergi).
Seperti biasa,aktiviti di Penang adalah makan. Sebenarnya ni kali ke3 aku ikut Epul pergi Penang dalam time frame less than 6 months. Tu pun 2 kali aku tak ikut. Yalaa,abesla cuti aku asik nak ikut jer kan.Sebabnya Epul pergi time weekdays.

First time pergi tu aku dah cover semua tempat2 menarik kat Penang ni seperti Bukit Bendera,Batu Feringgi dan lain2. Jadi,trip yang seterusnya agenda hanyalah untuk makan. 
Bertolak dari KL jam 9am sebab Epul kerja malam. Kitaorang just ambil light breakfast and along the way tu,just berhenti beli buah. Bila sampai kat Penang tu memang dah lapar giler. Sebelum sampai exit ke GeorgeTown, aku ajak Epul makan mee udang kat Sungai Dua.

Location:Sungai Dua (GPS Coord: 5°25'54"N 100°25'532"E )

Ni portion untuk 2 orang.

Licin..!
Sedap giler mee udang ni. Bagi aku,aku prefer mee udang ni dari mee udang Mak Jah kat Taiping tu. Udangnya lagi besar dan kuahnya lagi pekat. Harganya just mahal beberapa ringit dari Mak Jah tu. Kalau tak silap, mee udang special kat kedai Mak Jah dalam RM11/mangkuk dan dia serve one bowl for one,tapi kat sini,dia just serve dalam berapa orang makan,and dia bagi mangkuk kosong untuk ambil sendiri.Total untuk kami berdua plus 2 air buah dalam RM34.

Disebabkan,trip kali ni sekejap saja,2 hari 1 malam,jadi kena la pilih untuk malam nak makan char kuey teow ataupun nasi kandar untuk dinner. Epul kerja start jam 12 so masih sempatla nak pergi Nasi Kandar Beratur. Sekali dia dapat email,cakap dia kena ada kat office jam 9pm lak, harusla tak sempat. Aku pulak takde rasa nak makan kueyteow so lewat petang tu,kitaorang pergi la Nasi Kandar Line Clear tu. 

Location: Penang Road (GPS Coord:N05.41965,E100.33265 )
Verdict: Aku rasa Nasi Kandar Beratur lagi sedap. Next time memang akan aim Nasi Kandar Beratur la. 

Malam tu memang tak dinner sebab dah makan nasi agak lewat kan.Lagi plak jam 9pm Epul pun nak peri kerja dah.Tiba2 last minute, dapat call dari colleague dia,cakap kerja untuk malam tu cancel. Lor......
Aku pun cakap la kat Epul,kalo tahu boleh pergi Nasi Kandar Beratur huhuhu. Takpela, takde rezeki kali ni nak makan nasi kandar tu.

Esok pagi kitaorang breakfast roti canai daging kat Jalan Argyl. Roti canainya biasa saja just kuah kari daging tu best. Daging tu lembut jer. Selalunya kitaoran order 2 roti canai, tapi kali ni nak makan mee udang lagi, so order 1 jer.


Location :Jalan Argyl (GPS coord:N5.420366,E100.331993)



Then tengahhari tu,sebelum gerak ke KL,kami lagi sekali pergi melantak mee udang.Memang puas hati la kali ni makan mee udang hehehehe
Balik KL harusla kena diet lebih huhuhu

Wednesday, April 3, 2013

Parlimen Dibubarkan

Pagi tadi our PM telah menumumkan pembubaran parlimen bagi memberi laluan kepada Plihanraya Umum 2013.
So kita nantikan lah SPR mengumumkan tarikh pilihanraya pula.
Tapi kemungkinan besar akan clash dengan tarikh vacation.huhuhu
Tak dapat la nak mengundi tahun ni padahal aku duk menunggu jer bila nak pilihanraya.
Tapi kalau dapat mengundi pun,mesti aku blur nak undi parti mana. 
Personally, aku tak nampak credibility dua2 parti ni,be it BN or PKR.
And I could imagine the 2013 election result will be full of surprise. 

So friends,selamat mengundi!!